Sunday, January 16, 2011

Moral 1

Seorang pendita tersohor mempunyai sekumpulan anak murid, dalam kumpulan tersebut muncul 2 murid yang sangat berwibawa yang amat di sayanginya, seorang wanita dan lelaki. Malangnya lelaki dan wanita ini saling bertelagah dan tidak sefahaman dan masing-masing mengatakan diri mereka lebih hebat di antara satu sama lain. Si wanita bertegas mengatakan dia lebih hebat dan kuat dari si lelaki manakala si lelaki juga tetap tidak berganjak dengan pendiriannya lelaki lebih kuat dari wanita.

Si Pendita sedar, perbalahan sebegini tidak akan selesai sampai bila-bila dan cuba untuk menyelesaikan kekeruhan di antara 2 muridnya ini. Maka di panggil kedua-kedua muridnya bersemuka, dan di tanya secara dengan tegas kedua-duanya. ” Wahai anak muridku berdua, kenapa aku sering mendengar dan melihat kamu berdua bertengkar dan berbalahan di antara satu sama lain sedangkan kita mempunyai satu tujuan, apa yang menyebabkan kamu berdua berkelakuan sebegini?”

Lalu jawab si anak murid lelaki, “wahai guru, saya tidak tahan dengan keangkuhan dan kesombongan yang si dia ni tunjukkan seolah-olah dia dan wanita-wanita di dunia ini lebih kuat dari lelaki, saya sedar walaupun bilangan mereka lebih ramai dari lelaki namun hakikatnya lelaki lebih kuat dari wanita, sudah termaktub begitu sejak dari zaman berzaman”.

Maka dengan pantas si anak murid wanita menjawab “wahai guru, tengoklah si dia ni masih mahu menegakkan benang yang basah mengatakan lelaki lebih kuat dari wanita, sedangkan sejak dari azali lagi wanita sememangnya kuat dari lelaki, hanya lelaki yang tidak mahu menerima hukum alam sebegitu”. Barulah si pendita tahu punca sebenar perbalahan mereka, jantina mana yang sebenarnya kuat, sambil tersenyum di dalam hati si pendita berfikir kenapalah anak-anak muridnya yang paling pandai ini boleh berfikiran benda-benda macam ni.

Lalu tanya beliau kepada si lelaki, “mengapa kamu katakan lelaki lebih kuat?”. Si anak murid lelaki lalu menjawab dengan yakinnya “lelaki mempunyai kekuatan fizikal semula jadi, mampu mengangkat benda-benda berat, mampu memimpin bala tentera yang ramai dan boleh menghunus pedang pada bila-bila masa”. “Betul kata kamu, namun lelaki juga memerlukan wanita di sisinya” jawab si Pendita dengan ringkas. Dan bertanya pula kepada anak murid wanitanya, “..dan mengapa kamu mengatakan wanita sebenarnya lebih kuat dari lelaki?”.

lalu dengan penuh yakin si anak murid wanita menjawab “Wanita sebenarnya lebih kuat dari lelaki, satu malam semasa melalui depan rumah pendita saya ada mendengar tuan pendita bercakap dengan seseorang bahawa wanita lebih kuat dari lelaki sebab seorang wanita mampu membawa 2 buah gunung di dadanya kemana-mana sahaja sedangkan kekuatan yang ada pada lelaki hanya mampu membawa seekor burung dan dua biji bola kecil sahaja bersama-samanya. Bukankah itu bukti wanita lebih kuar dari lelaki?“

Si Pendita terus terdiam “Aiseh men, camner pulak budak ni boleh dengar aku wat joke ngan bini aku nih…..ni mesti kes lupa tutup tingkap nih…aduusss’….Moral of the story…..jangan lupe tutup tingkap rumah anda. he he he

No comments:

Post a Comment